Berceloteh melalui foto............

Bukan kemahiranku untuk berkata-kata atau menulis dengan penuh gaya dan ayat-ayat yang menarik serta bombastik. Cukup sekadar dengan foto-foto yang tak seberapa dan sedikit makluman, mungkin mampu menceritakan segala-galanya....

Isnin, 13 Jun 2011

Daudsu Jamaluddin

Nama Daudsu Jamaluddin menjadi sebutan dikalangan penyokong-penyokong Kelantan khasnya dan peminat bolasepak Malaysia amnya. Kelalaian benteng pertahanan Kelantan dihukum oleh Terengganu apabila cubaan daripada Manaf Mamat yang cuba di keluarkan oleh Daudsu telah menerjah ke gawang sendiri.

Melalui pemerhatian lensa MyLensaSukan, tindakan spontan tersebut merupakan tindakan yang sewajarnya kerana jika beliau membiarkan bola tersebut melintasi gawang gol, situasi itu akan mengundang bahaya kerana terdapat seorang lagi pemain Terengganu yang berada dibelakang. Hanya nasib yang tidak menyebelahi Daudsu kerana bola tandukannya menerjah ke gawang Kelantan.

MyLensaSukan sempat merakamkan detik-detik tersebut.







Isnin, 18 April 2011

Selangor [1] vs Perak [0]

Selangor Kekal Terajui Liga.

16 April 2011
Stadium Shah Alam

Selangor mengekalkan kedudukan dalam liga setelah menewaskan Perak dengan jaringan 1-0 dalam aksi Liga Malaysia. Jaringan tunggal Selangor diperolehi pada minit ke-68 hasil tendangan kaki kiri Safiq Rahim. 











Sabtu, 5 Mac 2011

Perak [3] vs Sime Darby [0]

Piala FA 2011
Pusingan Kedua
Perak [3] vs Sime Darby [0]
Penjaring : Hazrul, Razali dan Akmal Rizal
Stadium Perak, Ipoh



Stadium Perak, Ipoh. Pasukan Perak meneruskan kemaraan ke Suku Akhir Piala FA 2011 setelah membelasah pendatang baru Liga Malaysia, Sime Darby yang bersaing di Liga Perdana 2011. 


Kebuntuan jaringan semasa separuh masa pertama dileraukan oleh pakar sepakan percuma Perak Hazrul Mustapha setelah Nuriddzuan dikasari oleh Mohd Nor Ismail serta dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua. Jaringan tersebut telah telah menaikkan semangat pasukan Perak untuk terus melancarkan serangan bagi menambah jaringan. Kekurangan seorang pemain pasukan Sime Darby telah dimanfaat sebaiknya oleh Perak bilamana penyerang gantian Perak, Razali Umar telah menggelecek 2 pertahanan Sime Darby sebelum melakukan tolakan mudah untuk menewaskan penjaga gol Sime Darby. 


Akmal Rizal juga tetap tidak ketinggalan untuk mencatat nama sebagai penjaring dengan jaringan cantik melalui tendangan gunting. Kemenangan tersebut melayakkan Perak untuk bertemu Terenganu di pusingan Suku Akhir.