Berceloteh melalui foto............

Bukan kemahiranku untuk berkata-kata atau menulis dengan penuh gaya dan ayat-ayat yang menarik serta bombastik. Cukup sekadar dengan foto-foto yang tak seberapa dan sedikit makluman, mungkin mampu menceritakan segala-galanya....
Memaparkan catatan dengan label Safee Sali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Safee Sali. Papar semua catatan

Khamis, 30 Disember 2010

Harimau Malaya mengaum semula .....


Image © AFP 


  Selepas sekian lama Malaysia tidak menjulang sebarang kejuaraan dalam mana-mana kejohanan di rantau Asean selain daripada memenangi emas pada Sukan Sea 2009 yg lepas, Tarikh 29hb Disember 2010 pasti akan menjadi kenangan kepada semua rakyat Malaysia kerana telah berjaya menjulang Piala AFF Suzuki untuk pertama kali setelah diperkenalkan 14 tahun yang lalu. Malaysia mengalahkan Indonesia dengan agreget 4-2 walaupun mengalami kekalahan 2-1 di Stadium Bong Karno Jakarta. Segala hasil daripada bekalan selesa 3-0 semasa perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26hb Dis baru ni, Aku berkesempatan merakamkan aksi2 kemenangan 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil ... oh alangkah bertuahnya aku... hihihi .... 
   Walaupun dikecewakan dengan kekalahan 5-1 kepada Indonesia, Harimau Malaya[HM] telah menunjukkan peningkatan dengan mengikat Thailand 0-0. Dengan bantuan daripada jaringan kemenangan Indonesia kepada Thailand 2-0, HM telah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir untuk berjumpa Vietnam yang menjuarai kumpulan A. Kebangkitan prestasi Safee Sali kena pada masanya apabila beliau telah menjaringkan kedua-dua gol HM untuk bekalan bagi perlawanan kedua separuh akhir yg berlangsung di Vietnam yg berkesudahan seri tanpa jaringan. 
   Indonesia yang mengalahkan pasukan 'underdog' Filipina dengan aggregate 2-0 menjadi tetamu di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan akhir 1. Sorakan dan sokongan semangat terhadap tidak dikecewakan oleh aksi yang memukau oleh HM. Sekali lagi Safee Sali menjadi pemusnah dengan menjaringkan 2 drp 3 gol HM. Aku yang berada dibelakang gol semasa perlawanan dilangsung turut merasa keseronokan yang tidak terhingga. Sehinggakan aku tidak dpt menahan diri untuk turut sama meraikan[lihat gambar] jaringan ke2 Safee Sali  yg juga menjadi jaringan ke3  buat HM. Bekalan 3 gol bagi aku cukup selesa untuk di bawa ke Stadium Bong Karno bagi aksi kedua final AFF Suzuki Cup 2010 ni. 
gambar oleh Rubiq Radi Mohamad

    Final tadi aku tengok kat restoran mamak NZ Curry House ngan Wak Jay je. Namun suasana di situ umpama perlawanan akhir Piala Dunia lak. Memang mendebarkan. Selepas mendahului 1-0, hati aku sudah terdetik untuk mengatakan ''This time for Malaysia". Yeahhhhhhh...... HM berjaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 untuk sekian kalinya. Tahniah pasukan Harimau Malaya dan semua yang terlibat. Tahniah juga kepada penyokong yang sama-sama memberi sokongan buat pasukan kita ...... HARIMAU MALAYA. 
    Semoga dengan kemenangan ini HM akan terus meningkatkan prestasi dan meneruskan kecemerlangan buat Tanah Tumpahnya Darahku ini....... Insya Allah.... 





Isnin, 27 Disember 2010

Safee Sali in action @ AFF Suzuki Cup 2010 Final 1st leg

Safee Sali
Celebrating 1st gol...


With full emotion to challenged the Indonesia's goalkeeper 
Close call...
3rd Goal for Malaysia and 2nd goal for Safee Sali for the game




AFF Suzuki Cup 2010 Final 1st leg - Malaysia[3] vs Indonesia [0]

berdiri dari kiri : Safee Sali, Fadhli Shas, Shahrul Idlan, Amirul Hadi, Khairul Fahmi, Muslim
depan dr kiri : Asraruddin, S.Kunalan, Amar Rohidan, Mahali Jasuli, Safiq Rahim








Rabu, 15 Disember 2010

AFF Suzuki Cup 2010

Lepas kena belasah ngan Indonesia 5-1 masa perlawanan pertama, Malaysia bangkit mengikat Thailand dan kemudian menang 5-1 dengan Loas. Malaysia layak ke separuh akhir selepas Indonesia kalahkan Thailand 2-1.

16hb Disember, Malaysia jumpa Vietnam untuk sepatuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil. Malaysia berjaya mengalahkan Vietnam 2-0 hasil jaringan Safee Sali.

Aku antara fotografer yg ade kat blakang gol... hehehehe

Syabas Malaysia!!



Tandukan Safee Sali yang menghasilkan gol pertama Malaysia. 

Gelagat penyokong Vietnam yang kecewa dengan kekalahan yang dialami.