Berceloteh melalui foto............

Bukan kemahiranku untuk berkata-kata atau menulis dengan penuh gaya dan ayat-ayat yang menarik serta bombastik. Cukup sekadar dengan foto-foto yang tak seberapa dan sedikit makluman, mungkin mampu menceritakan segala-galanya....

Sabtu, 15 Januari 2011

TNB-MHL 2010/2011 - Match Day 8

UniKL    0 : 4 KL Hockey Club
UiTM            2 : 3 Armed Forces-Airod
Nur Insafi    2 : 4 YNS
Sapura    2 : 3 TNB

Aksi-aksi perlawanan antara UniKL vs KLHC dan Nur Insafi vs YNS
[click for large photo]















Selasa, 11 Januari 2011

Monthly Medal Golf Tournament KGSAAS - January 2011

Bertempat di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Kejohanan Tertutup Bulanan bagi merebut Monthly Medal telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 61 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli kelab telah menyertai pertandingan tersebut. Lensa Sukan Malaysia telah diberi tugas sebagai fotografer rasmi untuk kejohanan tersebut.

Jadi, biarlah foto saja yang berceloteh ....


Aksi peserta wanita yang turut serta menyertai kojohanan bulanan tersebut. 









Rabu, 5 Januari 2011

Jadual Penuh Liga Super 2011

OK, jadual penuh liga super dah keluar. Kalau ade yang dah nak merancang n plan untuk pergi memberikan sokong boleh laaa mula dah bersedia. Kalau ada yang perlu minta permit daripada ''KDN'' bole dah laa hantar permohonan. hehehe....

Kalau nak download tau tengok jadual penuh Liga Super 2011 boleh la melawat Jadual Liga Super 2010 - tq to amir prominen

** venue melibatkan SSM4 dan SSINS hanya akan disahkan selepas 10hb Jan 2011.

Selasa, 4 Januari 2011

Sepak mula Liga Malaysia 2011 - Jadual perlawanan pertama

Liga Malaysia 2011 akan membuat sepak mula pada 29hb Januari 2011 dengan pertembungan utama pastinya perebutan Piala Sumbangsih antara Selangor vs Kelantan di Stadium Shah Alam. 

Kelantan yang kehilangan beberapa tonggak utama musim lalu tampak sukar untuk menyaingi Selangor yang dibarisi 6 tonggak yang membantu Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini. Namun yang demikian, ketangkasan penjaga gawang dan kelicikan penyerang negara ketika kejohanan tersebut boleh menjadi duri dalam daging buat pasukan Selangor. Khairul Fahmi dan Shahrul Idlan Talaha merupakan watak penting dalam pasukan negara kendalian Rajagopal. Jika Khairul Fahmi kebal di gawang dengan hanya bolos 2 kali sepanjang beraksi di kejohanan tersebut, Shahrul Idlan pula sekurang-kurangnya 4 kali menjadi pengumpan buat Safee Sali dan rakan-rakan lain untuk menjaringkan gol. 

Selangor yang dibarisi 6 tonggak negara ke AFF Suzuki 2010 pasti tidak akan memberi laluan mudah buat Kelantan. Piala yang mereka miliki pada musim lalu tetap menjadi idaman untuk dijulang. Ketajaman Safee Sali serta kepintaran Safiq Rahim pastinya menjadi taruhan buat anak buat K.Devan. Namun yang demikian, barisan tengah dan pertahanan Kelantan jangan sesekali lupa atau leka dengan larian deras Amirul Hadi. 

Pertembungan kali ini pasti menarik serta hangat seperti sebelum-sebelumnya. 

Jadual perlawanan lain pada 29hb Januari 2011

Liga Super 2011, Sabtu, 29 Januari 2011

1. Selangor vs Kelantan                                  S Shah Alam         8.45 malam[Piala Sumbangsih]
2. Terengganu vs Sabah,                                S SINS         4.45 petang
3. Kuala Lumpur vs Perak                             S KLFA           8.45 malam
4. Johor FC vs Felda United                          S JCorp         4.45 petang
5. Kedah vs TTeam                                       S Darul Aman 8.45 malam
6. Negeri Sembilan vs Harimau Muda A        S Tun Abd Rahman 8.45 malam
7. Pahang vs Perlis                                         S Darul Makmur 8.45 malam

Ahad, 2 Januari 2011

ASTRO PENAJA LIGA MALAYSIA SEHINGGA 2014


WAH! ni satu perkembangan menarik untuk sukan tempatan terutamanya sukan bolasepak kerana Astro akan menjadi penaja utama Liga Malaysia bermula sebaik sahaja penajaan TM berakhir. Tajaan ini adalah selama 4 tahun iaitu sehingga tahun 2014 sebanyak RM120juta. Bermakna tajaan RM30 setahun akan diterima oleh FAM bagi menganjurkan Liga Super dan Liga Perdana, Piala Malaysia, Piala FA, Piala Presiden, Piala FAM dan Piala Sumbangsih.

sumber & berita lanjut : Astro Arena

Sabtu, 1 Januari 2011

Undian Liga Malaysia 2011

      1Jan2011. Bertempat di DEWAN PERDANA, INSTITUT SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL pukul 2.30ptg tadi, telah berlangsung undian Liga Malaysia 2011. Sepak mula Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 29Jan 2011 bagi memberi laluan ke kepada TM untuk menghabiskan baki tajaan. Munurut khabar angin dikalangan wartawan kemungkinan Maxis akan menaja kempen Liga Malaysia 2011. Namun segalanya akan hanya diketahui selepas mesyuarat FAM pada esok(2Jan 2011) nanti. 



Pasukan-pasukan yang akan terlibat untuk saingan Liga Super 2011 adalah :- 
1. Selangor
2. Kelantan
3. Felda United
4. Negeri Sembilan
5. Perlis 
6. Pahang
7. Perak
8 Harimau Muda A
9. Kedah
10. Perlis
11. Johor FC
12. Sabah
13 Terengganu 
14 Kuala Lumpur

Pasukan-pasukan yang terlibat untuk saingan Liga Perdana 2011 adalah :-
1. Harimau Muda B
2. Pos Malaysia
3. Polis 
4. Sarawak 
5. Johor
6.PBT Muar 
7. ATM
8. Pulau Pinang 
9. Sime Darby
10. Sinar d Manja
11. USM 
12. PKNS

Untuk saingan merebut Piala FA 2011, tiga pasukan iaitu Selangor, Negeri Sembilan Dan Kedah mendapat bye. Untuk pusingan pertama dan kedua perlawanan dan akhir yang dijalankan secara 1 pusingan sahaja. Untuk pusingan suku akhir  dan dan separuh akhir perlawanan dijalankan secara timbal balik. Perlawanan pusingan pertama akan dijalankan pada 19hb Feb 2011.






Perlawanan akhir Piala FA dijangkakan akan diadakan pada 11Jun 2011. 

Tarikh-tarikh perlawanan Piala FA :- 

Pusingan Pertama             19Feb 2011
Pusingan Kedua                 04Mac 2011
Suku Akhir 1st Leg            15Mac 2011
Suku Akhir 2nd Leg           19/Mac 2011
Separuh Akhir 1st Leg       13Mei 2011
Separuh Akhir 2nd  Leg     16Mei 2011
Akhir                                  11Jun 2011

untuk gmbr yang lebih jelas sila ke Liga Malaysia 2011 [credit to Hishamuddin Kasim Y4E]
*gambar dan sumber : Hishamuddin Kasim Y4E