Berceloteh melalui foto............

Bukan kemahiranku untuk berkata-kata atau menulis dengan penuh gaya dan ayat-ayat yang menarik serta bombastik. Cukup sekadar dengan foto-foto yang tak seberapa dan sedikit makluman, mungkin mampu menceritakan segala-galanya....
Memaparkan catatan dengan label A700. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label A700. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Januari 2011

TNB-MHL 2010/2011 - Match Day 8

UniKL    0 : 4 KL Hockey Club
UiTM            2 : 3 Armed Forces-Airod
Nur Insafi    2 : 4 YNS
Sapura    2 : 3 TNB

Aksi-aksi perlawanan antara UniKL vs KLHC dan Nur Insafi vs YNS
[click for large photo]















Sabtu, 1 Januari 2011

Juara Piala Sumbangsih TNB-MHL 2010/11 diikat Maybank 1-1

     TNB yang baru dinobatkan Juara Piala Sumbangsih TNB-MHL 2010/11 terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan pasukan Maybank. Pasukan Maybank yang terluka dengan kekalahan kepada Yayasan Negeri Sembilan dua minggu sebelumnya terus melancarkan serangan bertali arus ke kawasan penalti TNB, namun kekebalan pertahanan TNB yang diketuai Amin Rahim dan penjaga gawang S.Kumar sukar untuk dibocori. Serangan Maybank yang diketuai oleh Hairul Nizam Abdul Rani kerap mengucar kacirkan pertahanan TNB. Namun begitu tiada jaringan dihasilkan sehingga wisel separuh masa ditiupkan. 

     Separuh masa kedua, TNB yang dibimbing oleh Nor Shaiful Zaini serta dibantu oleh Lailin Abu Hassan dan Nor Azlan Bakar lebih dahulu dihadapan pada minit ke-45 hasil jaringan oleh pakar pukulan sudut penalti negara Amin Rahim. Tersentak dengan jaringan tersebut Maybank telah melipat gandakan serangan dan hasilnya pada minit ke-53 Hairul Nizam Abdul Rani berjaya menghasilkan gol penyamaan juga melalui pukulan sudut penalti. 

     Keghairahan kedua-dua pasukan untuk menambah jaringan masih berterusan namun tiada jaringan dihasilkan sehingga wisel penamat ditiupkan. 
Gadingan 2 pakar sudut penalti negara, Amin Rahim dan Madzli Ikmal

Ketua Pasukan TNB, Salihin[6] cuba mengejar penyerang pasukan Maybank Mohd Riduan Mohamad Nasir

Baljit Singh a/l Charun Singh[merah] berjaya menghalang gerakan daripada penyerang Maybank Hafifihafiz Hanafi

Penyerang TNB Mohd Fairuz diasak oleh pertahanan Maybank  Nor Ikram Sulaiman dalam cubaan untuk menghasilakn gol

Dua orang pakar flicker sudut penalti TNB- Amin Rahim dan Faizal Saari

Pukulan sudut penalti daripada Amin yang berjaya memberi gol pendahuluan TNB pada minit ke-45

Madzli Ikmal cuba untuk memberi umpanan kepada rakan sambil dihalang oleh pertahanan Maybak[12] Nor Ikram Sulaiman

Bekas pertahanan negara Gobinathan[kuning] cuba menghalang gerakan daripada penyerang TNB Mahinder Singh


TNB-MHL 2010 - KLHC [6] vs Sapura [2]

    Kuala Lumpur Hockey Club(KLHC) menembus kekecewaan pada perlawanan pertama apabila menjadikan Sapura mangsa amukan dengan kemenangan 6-2. 

       KLHC mendahului seawal minit ke-2 melalui pukulan kilas Tengku Ahmad Tajuddin. Pada minit ke22, dalam keghairahan Sapura mengasak bagi mendapatkan gol penyamaan, Chua Boon Huat berjaya menjaringkan gol kedua buat KLHC melalui tampanan mudah menewaskan pengjaga gol Sapura, Nasihin Nubli. Chua Boon Huat sekali lagi membuktikan ketajaman beliau masih berbisa apabila menjarigkan gol ketiga KLHC lima minit berikutnya sebelum Tg. Ahmad Tajuddin menggelecek dua pertahanan Sapura pada ke31 untuk menjaringkan gol keempat LHC dan kedua peribadi buat beliau dalam perlawanan tersebut. 

      Separuh masa kedua perlawanan semakin rancak dengan Sapura yang lebih melakukan serangan dan hasilnya pada minit ke55 S.Kuhan menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti. Namun tidak melemahkan semangat KLHC apabila Razie Rahim berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke62 disusuli gol keenam daripada ketua pasukan KLHC Azlan Misron pada minit ke65. 

   Sapura memperolehi saguhati kedua pada minit-minit akhir perlawanan apabila S.Kuhan selagi menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti. Keputusan akhir berpihak kepada KLHC dengan keputusan 6-2.

S.Kuhan[putih] cuba menghalang kemaraan penyerang  KLHC, Chua Boon Huat

Tampanan Chua Boon Huat [3] yang menghasilkan gol kedua buat KLHC

Chua Boon Huat cuba melepasi kawalan pertahanan Sapura


Tengku Ahmad Tajuddin berjaya mencuri bola daripada kawalan pertahanan Sapura sebelum menggelecek seorang lagi pertahanan Sapura bagi menjaringkan gol keempat buat KLHC sebelum masa rehat. 

Ketua pasukan KLHC, Azlan Misron membuat umpanan kepada barisan serangan pasukannya. 

Cubaan merbahaya penyerang Sapura, Rodzanizam Radzi

Ketua Pasukan Sapura, S.Kuhan cuba mengelecek Sharun Nabil 

Asakan S.Kuhan terhadap Razie Rahim dalam kotak penalti bagi memperolehi pukulan sudut penalti sebelum menyempurnakan gol pertama buat Sapura

Pemain import Sapura daripada Korea Selatan Lim Woo-geun


Pukulan sudut penalti yang diambil oleh S.Kuhan untuk gol kedua Sapura

Khamis, 30 Disember 2010

TNB-MHL 2010

Amin Rahim melakukan percubaan melalui sudut penalti semasa perlawanan merebut Piala Sumbangsih TNB-MHL 2010 baru-baru diantara TNB lwn KLHC ni yg berkesudahan TNB menang dengan jaringan 2-0. 
Esok[31hb Disember], Perdana Menteri Datuk Seri Najib umumkan cuti umum bagi menghargai kemenangan Harimau Malaya di AFF Suzuki Cup 2010. So, aku plan nak g tgk hoki sambil2 tu bole gak ''nembak'' dua tiga keping gambar. Game esok best lak tu ... kalo ade yang berminat nak pegi ni jadual untuk game esok....

31-12-2010 17:15 YNS - UniKL

31-12-2010 19:00 KL Hockey Club - Sapura


31-12-2010 20:45 TNB - Maybank





Jumpe disana..... 

Ahad, 11 Julai 2010

Freestyler....

ini pun bakat semulajadi yg jarang2 org bole buat.... perlukan latihan yg berpanjangan .....








D'litar cafe

aku g sini masa final welkap 2010 ari tu ... dah dierog jemput dtg .. aku g je laaa....
makan pree beb... aku nak gaduh... layan kan je..... hihihihi




hah! baca tu "No Alcohol Allowed" ..... kire bole di kategorikan halal laa ek....