Berceloteh melalui foto............
Bukan kemahiranku untuk berkata-kata atau menulis dengan penuh gaya dan ayat-ayat yang menarik serta bombastik. Cukup sekadar dengan foto-foto yang tak seberapa dan sedikit makluman, mungkin mampu menceritakan segala-galanya....
Rabu, 16 Februari 2011
Sabtu, 12 Februari 2011
Rabu, 2 Februari 2011
Liga Super 2011 - Perak [1] vs Johor FC [0]
1 Febuari 2011 - Ipoh. Pasukan Liga Super Perak terpaksa menunggu sehingga minit akhir perlawanan untuk memastikan 3 mata penuh pada perlawanan Liga Super malam tadi. Gol kemenangan Perak dijaringkan oleh bekas penyerang negara Akmal Rizal setelah banyak percubaan pasukan Perak berjaya dikekang oleh pasukan Johor FC yang diketuai oleh Rezal Zambri Yahya.
Perlawanan yang banyak dikuasai oleh pasukan Perak, dilihat akan berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan. Namun pada minit kedua masa kecederaan, Akmal Rizal yang mendapat umpanan mudah daripada Syafik Jamal berjaya mengelecek Rezal Zambri Yahya sebelum membuat rembatan kencang menewaskan Anis Faron disebelah kanan pintu gol Johor FC.
Stadium Perak yang mula lengang, kembali bergema dengan jaringan tersebut. Sebaik saja perlawanan dimulakan semula, pengadil perlawanan telah meniupkan wisel penamat.
Stadium Perak yang mula lengang, kembali bergema dengan jaringan tersebut. Sebaik saja perlawanan dimulakan semula, pengadil perlawanan telah meniupkan wisel penamat.
Selasa, 1 Februari 2011
Champion of Champions 2011
30hb Januari 2011 - Bertempat di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah berlangsung Tournament Champion of Champions yang menghimpunkan pemain-pemain golf terbaik kelab tersebut. Kejohanan ini terpaksa dimulakan lewat sejam kerana hujan lebat. Namun begitu setelah berlangsung 9 lubang kejohanan tersebut terpaksa dihentikan kerana hujan lebat berterusan. Kejohanan tersebut dijadualkan akan diadakan semula sekita bulan April 2011 nanti.
Langgan:
Ulasan (Atom)















































