Berceloteh melalui foto............

Bukan kemahiranku untuk berkata-kata atau menulis dengan penuh gaya dan ayat-ayat yang menarik serta bombastik. Cukup sekadar dengan foto-foto yang tak seberapa dan sedikit makluman, mungkin mampu menceritakan segala-galanya....

Ahad, 19 Disember 2010

Piala Sumbangsih TNB-MHL 10/11

Pasukan TNB meraikan kejayaan merangkul Piala Sumbangsih TNB-MHL musim 10/11


18/12/2010 bertempat di Stadium Tun Razak Jalan Duta, TNB telah menjulang Piala Sumbangsih TNB-MHL musim 10/11 selepas menumpaskan KLHA dengan jaringan 2-0. Perlawanan yang berlangsung dalam hujan dilihat seimbang dengan masing-masing berbalas serangan. TNB mengrungkai kebuntuan jaringan pada minit ke32 melalui pakar pukulan sudut penalti negara Mohd Amin Rahim.

Separuh masa kedua, KLHA yang dibimbing oleh Saudara Dhamaraj Abdullah, lebih banyak melakukan serangan. Namun demikian, TNB masih mampu bertahan dan sesekali melakukan serangan balas. Hasilnya pada minit-minit akhir perlawanan, melalui serangan balas dari sebelah kanan pintu gol KLHA, Faiz Helmi telah berjaya menggelecek dua pertahanan KLHA sebelum menewaskan penjaga gol KLHA untuk memastikan kemenangan mutlak milik TNB dengan keputusan 2-0.

Cubaan Amin Rahim melalui pukulan sudut penalti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan