Berceloteh melalui foto............

Bukan kemahiranku untuk berkata-kata atau menulis dengan penuh gaya dan ayat-ayat yang menarik serta bombastik. Cukup sekadar dengan foto-foto yang tak seberapa dan sedikit makluman, mungkin mampu menceritakan segala-galanya....

Ahad, 2 Januari 2011

ASTRO PENAJA LIGA MALAYSIA SEHINGGA 2014


WAH! ni satu perkembangan menarik untuk sukan tempatan terutamanya sukan bolasepak kerana Astro akan menjadi penaja utama Liga Malaysia bermula sebaik sahaja penajaan TM berakhir. Tajaan ini adalah selama 4 tahun iaitu sehingga tahun 2014 sebanyak RM120juta. Bermakna tajaan RM30 setahun akan diterima oleh FAM bagi menganjurkan Liga Super dan Liga Perdana, Piala Malaysia, Piala FA, Piala Presiden, Piala FAM dan Piala Sumbangsih.

sumber & berita lanjut : Astro Arena

Sabtu, 1 Januari 2011

Undian Liga Malaysia 2011

      1Jan2011. Bertempat di DEWAN PERDANA, INSTITUT SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL pukul 2.30ptg tadi, telah berlangsung undian Liga Malaysia 2011. Sepak mula Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 29Jan 2011 bagi memberi laluan ke kepada TM untuk menghabiskan baki tajaan. Munurut khabar angin dikalangan wartawan kemungkinan Maxis akan menaja kempen Liga Malaysia 2011. Namun segalanya akan hanya diketahui selepas mesyuarat FAM pada esok(2Jan 2011) nanti. 



Pasukan-pasukan yang akan terlibat untuk saingan Liga Super 2011 adalah :- 
1. Selangor
2. Kelantan
3. Felda United
4. Negeri Sembilan
5. Perlis 
6. Pahang
7. Perak
8 Harimau Muda A
9. Kedah
10. Perlis
11. Johor FC
12. Sabah
13 Terengganu 
14 Kuala Lumpur

Pasukan-pasukan yang terlibat untuk saingan Liga Perdana 2011 adalah :-
1. Harimau Muda B
2. Pos Malaysia
3. Polis 
4. Sarawak 
5. Johor
6.PBT Muar 
7. ATM
8. Pulau Pinang 
9. Sime Darby
10. Sinar d Manja
11. USM 
12. PKNS

Untuk saingan merebut Piala FA 2011, tiga pasukan iaitu Selangor, Negeri Sembilan Dan Kedah mendapat bye. Untuk pusingan pertama dan kedua perlawanan dan akhir yang dijalankan secara 1 pusingan sahaja. Untuk pusingan suku akhir  dan dan separuh akhir perlawanan dijalankan secara timbal balik. Perlawanan pusingan pertama akan dijalankan pada 19hb Feb 2011.






Perlawanan akhir Piala FA dijangkakan akan diadakan pada 11Jun 2011. 

Tarikh-tarikh perlawanan Piala FA :- 

Pusingan Pertama             19Feb 2011
Pusingan Kedua                 04Mac 2011
Suku Akhir 1st Leg            15Mac 2011
Suku Akhir 2nd Leg           19/Mac 2011
Separuh Akhir 1st Leg       13Mei 2011
Separuh Akhir 2nd  Leg     16Mei 2011
Akhir                                  11Jun 2011

untuk gmbr yang lebih jelas sila ke Liga Malaysia 2011 [credit to Hishamuddin Kasim Y4E]
*gambar dan sumber : Hishamuddin Kasim Y4E






Selamat Tinggal 2010.... Selamat Datang 2011

Kalender sukan Malaysia untuk tahun 2010 cukup meriah dengan kejayaan-kejayaan yang cipta oleh atlit-atlit Malaysia. Tahniah dan syabas. Bermula dengan kejayaan Azizul Hasni Awang merangkul emas die Kejohanan Basikal Dunia Klasik di Beijing pada Januari dan disudahkan oleh pasukan bolasepak Malaysia menjulang Piala AFF Suzuki 2010 untuk kesekian kalinya. 

Aku yang menonton perlawanan akhir kedua bersama lebih 100 peminat bolasepak tempatan di NZ Curry House ketika itu sungguh teruja dan terasakan seperti suasana perlawanan akhir Piala Dunia. Sorakan yang diberikan oleh peminat ketika itu seperti berada di Stadium Bong Karno. Laungan Malaysia Boleh terus dilaungkan dengan penuh semangat sehinggalah Safiq Rahim menjulang piala. Perasaan puas dan bangga dengan kejayaan itu tak dapat aku sembunyikan. 

Terdetik diminda aku, alangkah seronoknya jika suasana ini berterusan sepanjang Liga Malaysia 2011. Harapanku, stadium-stadium di Malaysia akan dipenuhi penyokong-penyokong pasukan kegemaran masing-masing tanpa mengira keputusan perlawanan. Insya Allah. 

Sebagai penutup tahun 2010 dan pembuka 2011, aku ingin kongsikan koleksi aksi-aksi liga Malaysia yang sempat aku rakamkan sepanjang tahun 2010. 

Koleksi Jeroe
Facebook Y4E- Liga Malaysia

Juara Piala Sumbangsih TNB-MHL 2010/11 diikat Maybank 1-1

     TNB yang baru dinobatkan Juara Piala Sumbangsih TNB-MHL 2010/11 terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan pasukan Maybank. Pasukan Maybank yang terluka dengan kekalahan kepada Yayasan Negeri Sembilan dua minggu sebelumnya terus melancarkan serangan bertali arus ke kawasan penalti TNB, namun kekebalan pertahanan TNB yang diketuai Amin Rahim dan penjaga gawang S.Kumar sukar untuk dibocori. Serangan Maybank yang diketuai oleh Hairul Nizam Abdul Rani kerap mengucar kacirkan pertahanan TNB. Namun begitu tiada jaringan dihasilkan sehingga wisel separuh masa ditiupkan. 

     Separuh masa kedua, TNB yang dibimbing oleh Nor Shaiful Zaini serta dibantu oleh Lailin Abu Hassan dan Nor Azlan Bakar lebih dahulu dihadapan pada minit ke-45 hasil jaringan oleh pakar pukulan sudut penalti negara Amin Rahim. Tersentak dengan jaringan tersebut Maybank telah melipat gandakan serangan dan hasilnya pada minit ke-53 Hairul Nizam Abdul Rani berjaya menghasilkan gol penyamaan juga melalui pukulan sudut penalti. 

     Keghairahan kedua-dua pasukan untuk menambah jaringan masih berterusan namun tiada jaringan dihasilkan sehingga wisel penamat ditiupkan. 
Gadingan 2 pakar sudut penalti negara, Amin Rahim dan Madzli Ikmal

Ketua Pasukan TNB, Salihin[6] cuba mengejar penyerang pasukan Maybank Mohd Riduan Mohamad Nasir

Baljit Singh a/l Charun Singh[merah] berjaya menghalang gerakan daripada penyerang Maybank Hafifihafiz Hanafi

Penyerang TNB Mohd Fairuz diasak oleh pertahanan Maybank  Nor Ikram Sulaiman dalam cubaan untuk menghasilakn gol

Dua orang pakar flicker sudut penalti TNB- Amin Rahim dan Faizal Saari

Pukulan sudut penalti daripada Amin yang berjaya memberi gol pendahuluan TNB pada minit ke-45

Madzli Ikmal cuba untuk memberi umpanan kepada rakan sambil dihalang oleh pertahanan Maybak[12] Nor Ikram Sulaiman

Bekas pertahanan negara Gobinathan[kuning] cuba menghalang gerakan daripada penyerang TNB Mahinder Singh


TNB-MHL 2010 - KLHC [6] vs Sapura [2]

    Kuala Lumpur Hockey Club(KLHC) menembus kekecewaan pada perlawanan pertama apabila menjadikan Sapura mangsa amukan dengan kemenangan 6-2. 

       KLHC mendahului seawal minit ke-2 melalui pukulan kilas Tengku Ahmad Tajuddin. Pada minit ke22, dalam keghairahan Sapura mengasak bagi mendapatkan gol penyamaan, Chua Boon Huat berjaya menjaringkan gol kedua buat KLHC melalui tampanan mudah menewaskan pengjaga gol Sapura, Nasihin Nubli. Chua Boon Huat sekali lagi membuktikan ketajaman beliau masih berbisa apabila menjarigkan gol ketiga KLHC lima minit berikutnya sebelum Tg. Ahmad Tajuddin menggelecek dua pertahanan Sapura pada ke31 untuk menjaringkan gol keempat LHC dan kedua peribadi buat beliau dalam perlawanan tersebut. 

      Separuh masa kedua perlawanan semakin rancak dengan Sapura yang lebih melakukan serangan dan hasilnya pada minit ke55 S.Kuhan menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti. Namun tidak melemahkan semangat KLHC apabila Razie Rahim berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke62 disusuli gol keenam daripada ketua pasukan KLHC Azlan Misron pada minit ke65. 

   Sapura memperolehi saguhati kedua pada minit-minit akhir perlawanan apabila S.Kuhan selagi menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti. Keputusan akhir berpihak kepada KLHC dengan keputusan 6-2.

S.Kuhan[putih] cuba menghalang kemaraan penyerang  KLHC, Chua Boon Huat

Tampanan Chua Boon Huat [3] yang menghasilkan gol kedua buat KLHC

Chua Boon Huat cuba melepasi kawalan pertahanan Sapura


Tengku Ahmad Tajuddin berjaya mencuri bola daripada kawalan pertahanan Sapura sebelum menggelecek seorang lagi pertahanan Sapura bagi menjaringkan gol keempat buat KLHC sebelum masa rehat. 

Ketua pasukan KLHC, Azlan Misron membuat umpanan kepada barisan serangan pasukannya. 

Cubaan merbahaya penyerang Sapura, Rodzanizam Radzi

Ketua Pasukan Sapura, S.Kuhan cuba mengelecek Sharun Nabil 

Asakan S.Kuhan terhadap Razie Rahim dalam kotak penalti bagi memperolehi pukulan sudut penalti sebelum menyempurnakan gol pertama buat Sapura

Pemain import Sapura daripada Korea Selatan Lim Woo-geun


Pukulan sudut penalti yang diambil oleh S.Kuhan untuk gol kedua Sapura